Hargailah

Assalamualaikum


Buat semua, ini entry sy yg kedua. Kekangan masa yang terbatas dan kesibukan di tempat kerja dan dirumah membantutkan nafsu sy utk mencoret. Semuanya adalah keperluan yg wajib dilunaskan. Sebagai wanita bekerjaya pasti penat menjalani hari-hari yg penuh dugaan dan cabaran. Sering emosi kita terganggu. Bahkan kesihatan pun tidak dihiraukan. Umpama melepas batuk ditangga asalahkan ok saja sudah memadai.


Sempena hari ibu yang lepas, ingin sy kongsikan pengalaman sy. Perasaan ini timbul secara tiba-tiba. Tanpa dipinta dan tanpa diundang. Mungkin kisah ini akan sedikit sebanyak akan memberi pengajaran dan manfaat utk ibu yg bekerja seperti saya. Bukan bermaksud mengadu atau membuka kealpaan diri. Cuma ingin berkongsi.

Kisahnya bermula pada tidak lama dahulu. Seperti biasa kerja dan terus bekerja. Suami telah maklum tidak menganggu sy semasa bekerja kerana sikap sy sendiri yg tidak suka diganggu. Jam telah menunjukan pukul 12.30 pg. Sy masih rancak menyelesaikan kerja sedangkan esok masih ada.. Tp arahan tetap diselesaikan. Rupa-rupanya en suami telah lama menunggu sy di lobi ofis sambil tertidur. Bersalah tetap ada tp harus bagaimana sekiranya kt terhimpit dgn masalah yg mmg memerlukan perhatian kita.

Balik kerja, En suami terdiam saya pun terdiam. Penat menyiapkan kerja dan si dia penat menunggu membuatkan kami meneruskan perjalan balik selama 45 minit tanpa berbicara. Sampai dirumah, anak-anak semua tertidur. Frust sbb tak sempat bermain dgn anak-anak. Pujukan hati buat sy kembali seperti biasa. Sy abaikan perasaan rindu memeluk anak dan berbicara dgn en suami kerana keesokannya cuti. Mgkn esok kesempatan kami beriadah. Malam berlalu seperti kaku dan bisu. 


Keesokannya,bangun seperti biasa. Kelihatan anak-anak lena tidurnya. En suami pun lena tidurnya. Sy pergi menyiapkan sarapan dan mengemas apa yg patut. Seminggu berlalu rumah pun macam kapal hanyut. Kembali ke kamar tidur, memerhati keadaan anak-anak, baru tersedar rupa-rupanya anak kecik sy demam dan lelah. Sy kejutkan suami tetapi suami utk membawa si kecil ke klinik sbb anak sy ada alahan pd ubat. hanya perlu 'nap' utk mengurangkan lelahnya.
En suami pun bersiap, sesampai di klinik, seperti biasa dan prosidur dilakukan. Semasa itu lah sy baru mendengar En suami bersuara. Katanya " awak kerja siang malam sampai anak sakit pun tak sedar. Saya dah tahu anak sakit tapi sy tak nak awak susah hati. Saya dah bw anak g klinik mlm tadi sbb sy kejutkan awak tak dengar. Mgkn awak penat sangat'

Seperti kena penampar, bg sy tersedar. Sy tahu sy bukan supermummy yg hebat. Tp tidakkah bodoh sy boleh terlepas pandang perkara yg penting dlm hidup sy? Alangkah lalainya sy sebagai ibu ketika ini. Dimana tanggungjawab saya. Jika di pejabat sy junjung dan pukul semua dgn sebaiknya. Kenapa dgn keluarga sendiri sy boleh lupa dan alpa? Mmg silap saya, mmg kelalaian sy. Anak rupanya merindui belaian ibunya, suami kemeriahan rumahnya.Dimana saya ketika mereka memerlukan sy? 


Selama ini sy rs sy la ibu yg hebat, boleh melakukan semuanya. rupa-rupanya sy gagal menjadi ibu yg baik dan isteri sy hebat. Rentetan dr kes itu, sy mula berjaga-jaga dlm setiap hal. Sy harus pentinggkan perasaan keluarga sy. Sesibukmana pun, sy cuba luangkan bersama mereka sbb sy tidak mahu mereka lupakan sy, menjauhkan dr dari saya dan memulaukan sy. Sy tidak sanggup utk terus memperbodohkan diri utk kepentinggan sendiri. Kerja sampai bila-bila pun tak kan habis. Saya tidak mahu kerana kelalaian sy, saya bakal kehilangan semuanya.. Cukuplah.. Biar hati diguris, biar diri dimarahi aku redha sbb aku lebih sayang kan kamu wahai peneman setiaku.. En suami dan anak-anak. Merekalah yg akan membantu sy utk masuk syurga... Amin...


Comments

Popular Posts