Assalamualikum buat semua..
Ini entry saya yang pertama. Baru memulakan tapak dan menyusuri arus permodenan zaman sekarang. Mmg agak ketinggalan dan lambat buat saya, Orang lain berkejaran untuk menjadi yang pertama tetapi saya masih ditakuk lama.
Ketangkasan teknologi yang membataskan saya untuk menonjol kerana saya tidak punya kemahiran apa-apa dalam bidang penulisan dan teknologi. Nasib baik ada sahabat yang membina semangat saya untuk keluar dari kepompong lapuk.
Apa yang ingin saya cuba nyatakan, saya ingin bebas dari segi masa dan bebanan. Biarpun saya tidak sehebat penulis dan sasterawan tp saya cuba untuk menyampaikan mesej yang mampu memberi manfaat dan kebaikkan untuk kita bersama. Mari kita mulakan...
Kalau aku mampu mencipta masa tidak perlulah aku berkejar untuk melengkapi semuanya dalam satu masa. Aku tidak mampu kerana Allah itu adil dalam apa jua. Masa itu sudah lengkap dan sebaik2baiknya cuma aku yang tidak bisa mengejarnya.
Kalau aku mampu bersuara dengan selantangnya tidak perlu aku ditempat sekarang. Aku mungkin telah membina empayar sendiri tapi itu bukan aku, bisa aku bersuara tanpa menyakiti hari yang lain, bisa aku bersuara tanpa menguris perasaan yang lain, bisa aku bersuara tanpa pergolakan dari yang lain.
Andai aku diberi keistimewaan, aku minta biarlah aku mampu membahagiakan diri, keluarga dan org lain untuk sepanjang hayat meraka.
Ya Allah, makbulkan setiap permintaan ku. Jadikan setiap permintaan ku adalah yang terbaik untuk semua dan diriku. Amin Ya Rabbal Alamin..
Comments
Post a Comment